06 September 2013

Majlis Restu Ilmu

Tanggal 6 September 2013 pada hari Jumaat, di SKPT1 telah berlangsungnya Majlis Restu Ilmu 2013. Majlis ini adalah untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 10 September 2013 (Selasa). Majlis ini telah disertai oleh guru-guru dan murid-murid tahun 6 SKPT1. Seluruh warga SKPT1 mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya di dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2013.















Sambutan Hari Kemerdekaan 2013 & Jamuan Hari Raya

Pada 30 Ogos 2013, SKPT1 telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan 2013 beserta dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Ianya disertai oleh seluruh warga SKPT1. Program ini dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan daripada setiap kelas Tahap 1, persembahan sajak kemerdekaan oleh wakil murid.


Di antara guru-guru yang menyediakan makanan untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri.



28 August 2013

Pelancaran Hari Kemerdekaan 2013

Pada 20 Ogos 2013 telah berlangsungnye Pelancaran Hari Kemerdekaan 2013. Ianya disertai oleh guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SKPT1. Majlis ini dilancarkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKPT1 iaitu Puan Jalidah bt. Abdul Mutalib.


01 August 2013

Salam Aidilfitri

Seluruh warga SKPT1 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ampun dan maaf dipinta, moga cahaya Syawal kali ini memberi seribu makna dan berkat dariNya...Amin




31 July 2013

Majlis Tadarus Al-Quran & Sumbangan Hari Raya 2013


Pada 31 Julai 2013 telah berlangsungnye Majlis Tadarus Al-Quran & Sumbangan Hari Raya 2013. Ianya disertai oleh guru-guru, murid-murid dan seluruh warga SKPT1. Majlis ini dirasmikan oleh NYDP PIBG SKPT1 Sarjan Rosli bin Othman.

AJK Bahagian Bubur Lambuk















15 November 2012