16 September 2013

Penutupan Bulan Kemerdekaan 2013


Pada 13 September 2013 hari Jumaat, di SKPT1 telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan bagi sesi 2013. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Jalidah bt. Abdul Mutalib selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKPT1. Majlis ini telah disertai oleh guru-guru dan murid-murid SKPT1. Antara aktiviti yang dijalankan adalah persembahan  murid-murid SKPT1, penyampaian hadiah dan bacaan perutusan.












06 September 2013

Majlis Restu Ilmu

Tanggal 6 September 2013 pada hari Jumaat, di SKPT1 telah berlangsungnya Majlis Restu Ilmu 2013. Majlis ini adalah untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 10 September 2013 (Selasa). Majlis ini telah disertai oleh guru-guru dan murid-murid tahun 6 SKPT1. Seluruh warga SKPT1 mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya di dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2013.















Sambutan Hari Kemerdekaan 2013 & Jamuan Hari Raya

Pada 30 Ogos 2013, SKPT1 telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan 2013 beserta dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Ianya disertai oleh seluruh warga SKPT1. Program ini dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan daripada setiap kelas Tahap 1, persembahan sajak kemerdekaan oleh wakil murid.


Di antara guru-guru yang menyediakan makanan untuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri.