Sejarah

SEJARAH SEKOLAH

Nama asal Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 ialah "The Rifle Range Road School". Ia telah ditubuhkan pada tahun 1965. Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini menumpang buat sementara di Sekolah Polis Depot. Dengan mempunyai enam buah kelas, sekolah ini telah diterajui oleh Guru Besar pertama iaitu Cik Thambidurai dibantu oleh Puan Lim Kheng Hong sebagai Guru Penolong Kanan dan 6 orang guru termasuk 2 orang guru terlatih manakala selebihnya adalah guru sementara.

Murid-murid mula memakai pakaian seragam pada tahun 1966. Pada bulan ogos 1956, Cik Thambidurai telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Puan Lim Kheng Hong.

Dalam tempoh masa yang singkat iaitu pada tahun 1968, bilangan kelas telah mencecah kepada 33 buah kelas. Dalam tahun itu juga, sekolah ini telah menerima Guru Besar yang ketiga iaitu Puan Sri Hajah Siti Zainab dan nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (Inggeris) Jalan Padang Tembak.

Pada tahun 1969, sekolah ini telah dipecahkan kepada dua pentadbiran dengan pengwujudan dua sekolah di bangunan yang sama. SRK Jalan Padang Tembak 2 lahir bergandingan bersama-sama mengembeleng mendidik anak-anak murid yang begitu pesat pertambahannya. Tugas sebagai Guru Besar di sekolah baru itu telah dipikul oleh Puan Kamariah bt. Mohd Zain. Sehingga ke hari ini, SK Padang Tembak 2 menjadi pesaing hebat untuk menggerak pencapaian murid-murid SK Padang Tembak 1 dalam apa jua bidang.

Sejarah rasmi pembukaan sekolah ini telah terukir pada tarikh 11 September 1971 yang dirasmikan oleh Dato' Hussien Onn. Semenjak dari itu, sekolah ini terus bergerak maju ke hadapan mencipta pelbagai sejarah kejayaan dan kegemilangan yang tetap menjadi sebutan dan ingatan murid-murid yang pernah berteduh di bawah bumbungnya.

Pada April 2013 sehingga 10 Februari 2015 di bawah pentadbiran Guru Besar En. Muhamad Fuad bin Omar, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 telah mengungguli pesaing hebatnya sehingga memperoleh "Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2013". Tidak kurang hebatnya pencapaian dalam bidang ko-kurikulum iaitu sukan sofbol. Pasukan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 amat digeruni pihak lawan apabila sering muncul sebagai juara dalam Pertandingan Sofbol MSSKL seterusnya mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan. Sekolah ini juga sering menjuarai Pertandingan Tilawah Al-Quran sehingga ke peringkat Kebangsaan.

Pada Januari 2014, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 dan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 2 telah diselaraskan kepada satu sesi pagi sahaja. Ini adalah kerana atas permintaan ibu bapa dan penjaga yang menginginkan sesi persekolahan ditukarkan kepada sesi pagi sahaja. Berikutan banyak penubuhan sekolah baru yang berdekatan dan pengurangan murid, maka tercapailah hasrat untuk sekolah ini beroperasi pada sesi pagi sahaja.

Kini datangnya seorang pentadbir yang baharu iaitu En. Abdul Rahim bin Abu. Beliau merupakan seorang Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum di SK Taman Midah 2, dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Padang Tembak 1.

Pada 1 Mei 2016 En. Abdul Rahim telah ditukarkan ke SK Segambut Makmur. Pada 1 Ogos 2016 datang pula seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran dari SK Desa Tun Hussien Onn iaitu Puan Siti Norma binti Abdullah ditukarkan ke sekolah ini sebagai Guru Besar yang baru.

14 comments:

  1. As salam banyak kenangan berada di srk jln pdg tembak 1.
    1001 kenangan manis,pahit & tawar tetap dln ingatan sebagai bekas pelajar thn70-75..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ... di sekolah ini lah tempat pertama saya menimba ilmu sebagai murid perintis di RIFLE RANGE ROAD SCHOOL iaitu pada tahun 1966. Sebelum sekolah ini siap kami menumpang di Sekolah Polis Depoh. Setiap kali terpandang sekolah ini akan mengimbau kembali persekolahan dimasa itu. Sekarang kami berumur 56 tahun dan kami telah bertemu semula untuk menubuhkan Alumni RRRS 1966 - 1971.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam, terima kasih kerana sudi memberikan komen di ruangan ini. Semoga ikatan dan jalinan ini dapat mengukuhkan lagi sillaturahim sesama kita. Semoga kenangan di SKPT1 di jadikan kenangan yang manis dan boleh membawa kejayaan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. As salam Cik S/u..
    Nak tanya adakah pihak sekolah masih simpan majalah sekolah tahun 75.
    Masa tu saya dalam darjah 6biru.
    Gurubesar Ms Chew Kim Kee..guru kelas En Kassim Majid.
    Sekian terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam En.Azri Abu Bakar. Antara sumber daripada guru SKPT1 yang terlebih dahulu bersekolah di sini memaklumkan pihak sekolah tidak ada simpanan majalah sekolah pada tahun 1975. Kami memohon maaf. Kami juga amat terkilan kerana tiada kenangan-kenangan lama untuk dikongsikan bersama.

      Delete
  5. Assalamualaikum.

    Ucapan salam dari Dato' Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Austria. Bekas murid tua sekolah dari 1965-1970. Nombor Pendaftaran Sekolah No. 2.

    Saya baru menemui blog ini. Saya amat terharu dan berbangga dengan pencapaian sekolah. Syabas dan teruskan melakar kejayaan.

    Wassalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam.

      Terima kasih diucapkan kepada Dato' Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia ke Austria. Kami sangat terharu dan berbangga kerana Dato' menemui blog SKPT1 ini. Di harapkan Dato' sudikanlah melawat di sekolah kami ini, sekiranya berkesempatan. Terima kasih.

      Assalamualaikum.

      Delete
    2. Assalamualaikum Editor Blog SKPT1,

      Terima kasih kerana sudi membalas mesej saya. Saya pernah melawat sekolah 10 tahun lalu (2006) semasa saya Duta Besar Malaysia ke Kemboja dan pulang ke Malaysia bercuti. Sempat bertemu Guru Besar dan ke Staff Room bertemu dengan guru2.

      In Shaa Allah, saya akan sering melawat sekoleh setelah pencen dan kembali ke Malayisa pada Januari 2018.

      Buat masa ini, saya dan beberapa orang rakan sedarjah saya telah bertemu semula dan sedang berusaha menjejak rakan-rakan sedarjah lain.

      Sehubungan dengan itu, segala bantuan yang dapat dihulur oleh pehak sekolah untuk membantu kami amatlah saya alu-alukan dan amat berterima kasih.

      Wassalamualaikum.

      Delete
    3. Alhamdulillah...Bekas pelajar pertama yg saya jumpa adalah Dato'. Terima kasih kerana sudi ke sekolah setelah lebih 50 tahun meninggalkan SK Padang Tembak. Kehadiran Dato' membakar jiwa murid SKPT1. Doa dan harapa kami Dato' akan ke sini lagi jika ada kelapangan...terima kasih atas kunjungan Dato'

      Delete
  6. Wa'alaikumsalam Dato',

    Terima kasih kerana sudi membalas mesej kami. Kami telah menerima Email Dato' dan pihak kami sedang berusaha untuk mencari Buku Daftar Murid bagi tahun terdahulu. Sekiranya kami menjumpai buku berkenaan, kami akan memaklumkan perkara ini kepada Dato'.

    Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi sedikit maklumat bersama kami. Diharapkan kita akan saling berhubung secara dua hala bagi mengeratkan lagi sillatulrahim sesama kita. InshaAllah...

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    saya bekas pelajar dari tahun 1978 - 1983. Guru besar masa itu ialah En. Ho Pat Hoon.. Boleh saya tau, ada tak gambar2 lama sekitar tahun tersebut. Dan ada tak berhubung lagi dengan cikgu2 seperti Ustaz Jaafar, Cikgu Jalipah, Cikgu Jamilah, Cikgu Chalk dan lain-lain...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum..
    Saya pernah menjadi guru gstt di sek ini pada thn 2003 dan mengajar di tahun 3..bole saya bertanya, adakah masih ada simpan daftar nama murid pada tahun 3 pada thn 2003 tersebut kerana saya mempunyai satu urusan yg tk dpt saya selesaikan dgn salah seorang murid d dlm kelas thn 3 tersebut..terima kasih

    ReplyDelete
  9. Sek Inggeris RRS yang saya ingat, penuntut nya memakai tali leher. Tulisan RRS di tulis di tali leher, dari atas hingga kebawah. Time itu masih berseluar pendek.
    Masih ingat cik gu yang mengajar poem dalam bahasa inggeris. Dengan menggunakan piano, kami duduk diatas lantai menyanyi kan lagu humty dumty, twinkle little star, etc.. Those were my fond memories of my earlier schooling days...

    ReplyDelete
  10. Oh, teringat kembali, dari bilik kelas masa tu, masih boleh terlihat lombong bijih timah tak jauh dari sekolah. Dari kejauhan boleh kelihatan pelombong diatas pelantar ran menchangkul untuk bersihkan / mencari bijih timah...

    Sekitar sekolah dulu banyak lombong.. Dulu semasa sukan sekolah, kiat berlawan dengan sekolah Jalan Gurney. Wonder where is this school now? Sekolah Jalan Gurney tak jauh dari Bangunan Survey.

    ReplyDelete