15 July 2014

MAKLUMAN

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA, BUKU SARANA IBU BAPA TELAH DI MUAT TURUN KE DALAM LAMAN SKPT1.

MINTA IBU BAPA MENGISI BORANG SOAL SELIDIK DAN MENGHANTAR BORANG SOAL SELIDIK MELALUI ANAK MASING-MASING. TERIMA KASIH.

28 April 2014

Perpisahan (Guru Bertukar)


Seluruh warga SKPT1 mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Jalidah binti Abdul Mutalib (GPK Hal Ehwal Murid) SKPT1 dari 1 Ogos 2008 hingga 15 April 2014 di atas jasa dan sumbangan yang tidak terhingga sepanjang berkhidmat sebagai pentadbir di sekolah ini. Kami warga SKPT1 berharap semoga beliau sentiasa memperolehi kejayaan. Maafkan segala salah dan silap kami. Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri sendiri.

22 April 2014

Majlis Tadarus Al-Quran




Gambar di atas adalah sekitar Majlis Tadarus Al-Quran peringkat negeri WPKL di SK Jalan Air Panas.




Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Keramat di SK Polis Depot.



Johan Tilawah Al-Quran Lelaki. Muhammad Luqman b. Samsuddin Tahun 4P.


Ketiga Azan.Muhammad Ammar b. Kamaruzzaman Tahun 5I


Johan Hafazan Perempuan. Peringkat Zon Keramat. Faqihah bt. Samsuddin Tahun 6P.


Sekolah mendapat Johan keseluruhan Zon Keramat untuk dua tahun berturu-turut.

Penyertaan :
  1. Pertandingan Tilawah Al-Quran Lelaki. Muhammad Luqman b. Shamsuddin. Tahun 4P. Pencapaian : Saguhati.
  2. Pertandingan Hafazan Perempuan. Faqihah Samsuddin. Tahun 6P. Pencapaian : Johan. Akan mewakili WPKL ke peringkat kebangsaan di Banting Selangor pada 16 hingga 19 Mei 2014

Festival Nasyid Zon Keramat 2014

 

Pada 19 April 2014 SKPT1 telah mewakili dalam pertandingan nasyid di Festival Nasyid Zon Keramat di SK Setiawangsa.

31 March 2014

Perpisahan (Guru bertukar)


Seluruh warga SKPT1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka berdua, di atas jasa dan sumbangan yang tidak terhingga sepanjang mengajar di sini. Kami warga SKPT1 berharap semoga mereka berdua memperolehi kejayaan. Maafkan segala salah dan silap kami. Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri sendiri.

04 February 2014