09 August 2016

KUNJUNGAN MESRA BEKAS MURID SKPT1

Tarikh : 9 Ogos 2016 (Selasa)

Dato' Adnan Haji Othman merupakan bekas murid SKPT1 antara yang terdahulu pada permulaan pembukaan Rifle Range Road School pada 1965 - 1970. Pada buku daftar murid yang pertama, beliau adalah orang kedua yang mendaftar di sekolah ini manakala nombor pendaftaran pertama adalah milik sahabat karib beliau iaitu Abas bin Abdullah. Beliau sekarang sedang bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Austria. Ketika di SKPT1, beliau juga seorang Ketua Murid dan Headboy pertama di sekolah ini.


Gambar Dato' Adnan Haji Othman bersama Puan Siti Norma binti Abdullah (Guru Besar SKPT1).


Sijil Berhenti Sekolah

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan mesra ini dengan harapan kami agar kita akan dapat berkolaborasi dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama kita.

Bergambar bersama murid Tahun 6 UPSR 2016

Gambar kenangan Dato' Adnan Haji Othman ketika beliau Darjah 6A tahun 1970.

No comments:

Post a Comment